PENGECUALIAN BAYARAN

SENARAI KUMPULAN ORANG-ORANG YANG TELAH DIBERIKAN PENGECUALIAN DI BAWAH

PERENGGAN 16(13) PERINTAH FEE (PERUBATAN) 1982 OLEH PIHAK PERBENDAHRAAN

   

BIL

KUMPULAN ORANG

JENIS PENGECUALIAN

1.

Pelajar berumur tidak melebihi 21 tahun dan belajar sepenuh masa sehingga tingkatan 5

Dikecualikan daripada membayar apa-apa caj wad, rawatan kepakaran di wad kelas 2 dan caj pesakit luar dengan syarat mengemukakan surat pengenalan daripada pengetua sekolah. Terhad kepada warga negara sahaja.

2.

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan tidak bersekolah (Golongan miskin sahaja)

Dikecualikan caj hospital kelas 3 dan caj pesakit luar. Borang pengesahan mengenai kedudukan sosio-ekonomi pesakit berkenaan perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh Pegawai Kebajikan Perubatan Hospital, Pengarah Hospital/Ketua Klinik Pergigian semasa pendaftaran dan disimpan dalam fail pesakit untuk rekod semakan audit. Terhad kepada warga negara sahaja.

3.

Anggota Angkatan Sukarelawan

§        Askar Wataniah

§        Pasukan Pertahan Tempatan

§        Pasukan Pertahanan Awam

§        Polis Sukarela Simpanan

Sekiranya mendapat bencana atau sakit dalam menjalankan tugas dikecualikan daripada membayar semua caj rawatan dan caj wad.

Anggota Angkatan Sukarela dan keluarganya dikenakan setengah bayaran hospital dan wad apabila sakitnya atau kecederaannya bukan kerana menjalankan tugas ketenteraan. Dikecualikan daripada bayaran pesakit luar (Kecuali gigi palsu).

 

4.

Penuntut-Penuntut

§        Institut Pertanian Semenanjung Malaysia

§        Pusat Latihan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan

§        Pelatih Institut Latihan Perindustrian

Dikecualikan daripada bayaran deposit pesakit luar dan caj hospital kelas 3.

5.

Wakil Kesihatan Kampung di Sarawak Sahaja dan Keluarga

Dikecualikan caj hospital kelas 3.

6.

Perkhidmatan Pasukan Perubatan Bersedia Di Bawah Jadual H Bahagian 2(iii) Perintah Fee (Perubatan) 1982

Bagi majlis-majlis yang dibiayai oleh Kerajaan (termasuk Kerajaan Negeri) contohnya Perayaan Hari Kebangsaan, Mesyuarat Undangan Negeri.

Bagi majlis-majlis yang diadakan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Sukan yang ditubuhkan di peringkat kementerian/jabatan/negeri yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Majlis-majlis yang diadakan oleh pertubuhan-pertubuhan lain yang berdaftar yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha Negara dari masa ke semasa.

7.

Penderma Darah (Semua Orang Yang Menderma Darah Kepada Hospital Kerajaan)

 

 

KEKERAPAN MENDERMA

KEISTIMEWAAN RAWATAN

 

 

 

 

§        1 kali

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan) dan wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan.

§        2 - 5 kali

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 bulan dan percuma pelalian Hep. B.

§        6 - 10 kali

Percuma rawatan pesakit luar untuk 1 tahun dan rawatan perubatan wad kelas dua untuk 6 bulan.

§        11 - 15 kali

Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 1 tahun.

§        16 - 20 kali

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 2 tahun.

 

§        21 - 30 kali

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 3 tahun.

 

§        31 - 40 kali

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 tahun.

 

§        41 - 50 kali

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 10 tahun.

 

Bagi Penderma Darah 'Rare Blood Group', keistimewaan rawatan sama seperti yang sedang dinikmati oleh penderma darah biasa dikekalkan. Faedah tambahan penderma yang telah berdaftar dengan Tabung Darah Hospital diberi suntikan Hep. B percuma.

 

8.

Anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Yang Masih Berkhidmat Yang Berdaftar Dengan Sah Dan Diberi Kad Pengenalan RELA

Anggota RELA yang mendapat bencana dalam menjalankan tugas-tugas mereka hendaklah dimasukkan ke wad kelas 2 jika ada tempat dan ianya tidak boleh dikenakan apa-apa caj rawatan atau wad.

9.

Anggota Pasukan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulance Yang Berdaftar Dengan Sah

Sekiranya mendapat bencana dalam menjalankan tugas berhaj mendapat kemudahan pesakit luar dan rawatan wad kelas 2 percuma.

10.

Penduduk Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Dikecualikan daripada bayaran bagi rawatan di wad kelas 3 dan rawatan luar.

11.

Tahanan Polis (Termasuk Banduan), Anak-Anak Yatim, Anak-Anak Cacat Dan Orang Tua Di Bawah Jagaan Kerajaan

Semua bayaran perubatan dikecualikan (wad kelas 3 dan pesakit luar). 

12.

Penerima Anugerah Sastera Negara

Kemudahan percuma dalam wad kelas satu.

13.

Jemaah Haji LUTH dan Persendirian

Pengecualian bayaran ke atas caj suntikan Miningitis dan caj pemeriksaan kesihatan.

14.

Atlit-Atlit Kebangsaan (Ahli Sukan Kebangsaan)

Pemeriksaan perubatan percuma (secara routine) dan rawatan perubatan percuma (wad kelas 2 dan rawatan pesakit luar).

15.

Pesakit-Pesakit Tibi dan Penyakit Berjangkit Lain Yang Telah Keluar Dari Wad

Dikecualikan daripada caj 'Follow Up' di Jabatan Pesakit Luar.

16.

Pesakit Luar Yang Telah Menghidap Tibi Termasuk Kontek-Kontek Pesakit Tersebut

Dikecualikan daripada caj pesakit luar am dan pesakit luar pakar.

17.

Kes-Kes PERKESO

Bayaran caj pemeriksaan Lembaga Perubatan dikecualikan.

18. <



This article comes from HOSPITAL MERSING
http://hmersing.moh.gov.my

The URL for this story is:
http://hmersing.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=94