


PENGENALAN
Rekod perubatan adalah dokumen penting dalam perkhidmatan rawatan perubatan. Setiap individu yang mendapat rawatan di hospital akan mempunyai rekod perubatan masing-masing yang disimpan oleh pihak hospital.
Di antara ciri penting mengenai rekod perubatan ialah dokumen ini perlu sentiasa ada bila diperlukan (accessible) dan isi kandungannya jelas, lengkap dan boleh difahami. Rekod perubatan diklasifikasikan sulit berdasarkan etika perubatan oleh itu dokumen ini tidak boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja yang tidak berkenaan tanpa mendapat izin pesakit.
Kegunaan rekod perubatan ialah untuk membantu dalam pemberian rawatan yang tepat dan berterusan,pengumpulan data untuk tujuan perancangan dan pembangunan perkhidmatan,penyelidikan serta untuk pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun Unit Rekod Perubatan dipertanggungjawabkan untuk mengurus rekod, kerjasama semua pihak amat perlu dalam segala urusan seperti penyediaan, pengisian maklumat ,penyusunan, penyimpanan, peminjaman dan penggunaan rekod. Pengurusan rekod yang sempurna akan dapat mengatasi masalah rekod rosak, tidak dapat dikesan, hilang dan sebagainya.

UNIT REKOD PERUBATAN
Setiap hospital perlu mempunyai unit rekod perubatan yang diketuai oleh Pegawai ataupun Penolong Pegawai Rekod Perubatan serta mempunyai bilangan anggota yang mencukupi dan terlatih untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan rekod dan maklumat. Berikut merupakan carta organisasi Unit Rekod Perubatan Hospital Mersing Johor.
PENGARAH HOSPITAL U48

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (REKOD) N27


PEMBANTU AM PEJABAT N1

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U1

Menjadikan sebuah unit yang disenangi pelanggan bilamana setiap anggota menghayati dan sentiasa mengamal Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia yang luhur iaitu:-
· PERKHIDMATAN PENYAYANG
· KERJA BERPASUKAN
· PROFESINALISME

MISI
Mewujudkan unit yang sejahtera dari segi perkhidmatan yang berkualiti, persekitaran yang sihat dan selamat serta warga unit yang berteras budaya korporat.

OBJEKTIF
Memberikan khidmat sokongan kepada aktiviti-aktiviti hospital melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta mematuhi segala peraturan/garispanduan yang ditetapkan. Memastikan sistem maklumat kesihatan pesakit yang berkualiti mengikut garispanduan yang ditetapkan.

TUGAS UNIT REKOD PERUBATAN
Di antara tugas unit rekod perubatan ialah:
· Menyelaras semua urusan berkaitan dengan rekod perubatan di hospital seperti
menyediakan sistem nombor rekod, sistem fail dan prosidur mengurus rekod di semua bahagian di hospital.
· Memantau pergerakan dan penggunaan rekod bagi menjaga aspek kerahsiaan dan keselamatan serta mengelakkan insiden rekod hilang atau tidak dapat dikesan.
· Menyimpan rekod mengikut tempoh yang ditetapkan dan melaksanakan aktiviti pelupusan bagi rekod yang tidak lagi diperlukan.
· Menyelaras permohonan laporan perubatan, lembaga perubatan dan juga penyediaan statistik rawatan perubatan. Berikut adalah piagam dalam penyediaan Laporan Perubatan.
Hospital Pakar Tempoh siap 4 minggu
Hospital Tanpa Pakar 2 minggu
Manakala bayaran bagi setiap permohonan adalah seperti berikut:
Laporan biasa RM40-00
Laporan Terperinci Pakar RM1000-2000
Laporan oleh warganegara asing RM80.00
Laporan yang diakui sah salinan RM20-00

KRITERIA UNTUK MEMOHON LAPORAN PERUBATAN
PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN
Permohonan laporan perubatan diterima melalui
1. Tuntutan Insuran
· Borang Insuran
· Kad temujanji/rujukan hospital
· Surat Kebenaran dari pesakit/waris terdekat atau pejaga yang sah
· Penjaga perlu mendapat
· Bayaran untuk setiap laporan.
2. Peguam
· Permohonan bertulis dari peguam
· Kad temujanji/rujukan hospital
·
· Bayaran bagi setiap laporan
3. Polis
· Permohonan bertulis dari Polis
· Kad temujanji/rujukan hospital
4. Majikan (sektor swasta)/kerajaan/tentera (Laporan Perubatan Biasa)
·
· Kad temujanji/rujukan hospital
· Surat kebenaran dari pesakit/waris terdekat atau penjaga
· Bayaran bagi setiap permohonan. (Kerajaan percuma).
· Penjaga perlu mendapat
· Pengesahan dari pakar unit berkenaan diperlukan misalnya bagi pesakit jiwa dan pesakit koma.
5. PERKESO /Pampasan Pekerja (Buruh 90)
·
· Kad temujanji/rujukan hospital
· Surat Kebenaran dari pesakit
· Borang PKS 6/Pengesahan Cuti Sakit atau Buruh 90
· Bayaran setiap permohonan
6. KWSP/Permohonan sendiri
·
· Surat kebenaran dari pesakit/Waris terdekat atau penjaga
· Penjaga perlu mendapat
· Kad temujanji/rujukan hospital
· Bayaran setiap permohonan
7. Permohonan dari Mahkamah
·
· Kad temujanji/rujukan hospital
8. Tentera
·
· Kad temujanji /rujukan hospital
·
· Borang BAT 117.
· Bayaran akan dikenakan sekiranya tiada surt iringan dari Ketua Jabatan Tentera (mengikut
9. Warga asing tidak bermastautin /Expariate
·
· Kad rujukan hospital
·
· Waris yang bukan terdekat perlu mendapat akuan bersumpah dari pesuruhjaya sumpah
· Sekiranya waris tidak dapat dihubungi, pemohon perlu mendapat ke kedutaan pesakit untuk mengesan waris si mati atau pesakit (misalnya dalam koma)
· Sekiranya tiada waris atau tidak dapat dihubungi, pengesahan dari Kedutaan dan
· Bayaran untuk setiap permohonan

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASALAH DALAM URUSAN PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN, SILA HUBUNGI KAMI DI UNIT REKOD PERUBATAN HOSPITAL MERSING, JOHOR DARUL TAKZIM DI TALIAN 07-7993333/ 7991415 SAMBUNGAN 213, 214 DAN 210.
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI CADANGAN BERKAITAN UNIT INI, SILA KEMUKAKAN KEPADA :
PENOLONG PEGAWAI REKOD PERUBATAN
UNIT REKOD PERUBATAN HOSPITAL MERSING,
86800 MERSING JOHOR
"KAMI SENTIASA MENGUTAMAKAN KEPUASAN ANDA DALAM MEMBUAT URUSAN DI UNIT INI”.



